RM5 Juta & Empat ratus PENAMA

wasiat

Ini betul kes pening! Tapi kalau dibagi sama rata, satu bahagian cuma 12,500. Tetapi jika dibahagikan sebaik sahaja selepas kematian, kemungkinan besar RM1 juta seorang? Itulah hakikatnya apabila tiada perancangan awal yang dibuat untuk harta pusaka tersebut atau tiada wasiat dan berlaku kematian bertindih (pewaris harta meninggal sebelum mendapat harta dan harta tersebut menjadi harta pusaka beliau dan perlu diwarisi kepada waris beliau pula), maka makin ramai pewaris yang layak. Yang paling merugikan adalah sekiranya harta tersebut dapat dimanafaat lebih awal, mungkin aset tersebut telah berkembang dan melebihi nilai asalnya berganda-ganda.

Tekan butang dibawah untuk berkongsi artikel ini melalui media anda! 

Berapakah sebenarnya kos Pengurusan Harta Pusaka

Hari ini ramai orang membuat wasiat. Di mana-mana institusi kewangan kita akan bertemu dengan poster menggalakkan orang ramai membuat wasiat. Ayat yang kebiasaannya digunakan ialah …. “Sediakan wasiat anda hari ini untuk kesenangan waris di masa hadapan.” Di dalam banyak keadaan, Wasiat ini sebenarnya hanyalah berfungsi sebagai dokumen yang melantik Wasi  (pentadbir harta pusaka) sahaja. Kosnya juga murah iaitu hanya beberapa ratus ringgit sahaja.

Namun yang TIDAK PERNAH dinyatakan kepada Pewasiat ialah berapakah kos pengurusan harta pusaka yang akan dikenakan kepada waris atas harta pusaka tersebut selepas kematian mereka. Secara purata kebanyakan pihak yang mengguna pakai modus operandi Wasiat perlantikan Wasi ini mengenakan caj di antara 1% hingga 3% dari nilai harta pusaka. Ini hanyalah caj perkhidmatan sahaja dan tidak termasuk caj-caj lain seperti caj buka fail, caj carian hartanah, caj guaman, caj rampaian dan pelbagai caj-caj yang lain.

Memang benar caj-caj ini dalam banyak keadaan akan ditolak sahaja dari nilai harta pusaka dan tidak perlu ditanggung oleh waris-waris namun apakah pula hukumnya dari segi agama apabila Wasi-wasi ini mengenakan caj secara berlebih-lebihan ke atas harta pusaka si mati yang hakikatnya adalah harta anak yatim? (sama ada anak yatim muda atau anak yatim berumur!). Renungkan..... En Fir sedia untuk membantu anda secara percuma mendalami caj-caj yang biasa dikenakan, supaya anda fahami sebelum membuat sebarang pecaturan dalam perancangan harta pusaka, 013 6545 360

Rebut tanah pusaka - Abang roboh rumah adik


harta pusaka
Akibat rebut harta pusaka
Ini adalah peristiwa yang berlaku di Pasir Putih Kelantan dimana konflik keluarga yang merebut harta pusaka. “Secara tiba-tiba, pemandu jengkaut sambil diawasi beberapa lelaki bertindak merobohkan sebahagian rumah saya yang terletak atas lot tanah milik abang sehingga saya takut keadaan keselamatan diri dan anak.
“Saya bergegas mengejutkan semua anak keluar menyelamatkan diri kerana bimbang rumah roboh akibat tindakan itu dan kami hanya mampu menangis ketakutan,” kata wanita berusia 40-an ketika ditemui media.

Perbuatan abangnya adalah disebabkan oleh perselisihan keluarga yang mana tiada isu timbul sebelum itu, semasa bapa mereka masih hidup walaupun sebahagian rumah beliau dibina atas kawasan lot tanah milik abangnya. Segalanya bermula apabila tanah pusaka milik arwah ibu bapa dituntut dan hanya ada perjanjian lisan sebelum itu. Mungkinkah perselisihan sebegini akan berlaku sekiranya ada dokumen wasiat dan perancangan harta?

Sumber dari Berita Harian


Tekan butang dibawah untuk berkongsi artikel ini melalui media anda! 

Jumlah harta terbeku meningkat lagi - RM42 billion!

harta terbeku

Waris tiada masa urus harta pusaka dan kos yang tinggi sekali lagi menjadi isu utama dalam peningkatan mendadak ini. RM2 billion setahun! Itu satu jumlah yang banyak untuk diabaikan. Adakah anda pasti anda bukan penyumbang kepada isu ini? Rancanglah untuk pengurusan harta demi kemudahan kepada waris-waris anda.


Tekan butang dibawah untuk berkongsi artikel ini melalui media anda!