Pindah Milik Tanah Rancangan Felda

Soalan dari Cik Orkid:
Baru-baru ni saya dapat tau mengenai aktiviti pihak kptg dlm menyedarkan kepentingan pembahagian harta pusaka dikalangan peneroka dan saya sangat bersetuju dengan tindakan berkenaan kerana jika tidak memberi kesedaran ia akan memberi kesan yang sukar pasal masa depan.

Masalah yang saya hadapi ialah mengenai pemohonan pindah milik tanah felda di panching selatan antara tokki saya dengan ibu saya.
Memandangkan tokki saya suda berumur 74 tahun dan kesihatan agak kurang, dia meminta saya untuk menguruskan proses pindah milik ini.

Jawapan dari JKPTG:
Proses pindah milik adalah proses yang lazimnya berlaku di Pejabat tanah. Sekiranya ia tidak melibatkan urus niaga tunai, ia akan mengambil masa yang singkat. Maksud kami adalah pindah milik antara bapa kepada anak atau ibu kepada anak atau suami kepada isteri dan ia juga perlu disertakan dengan duti setem. Berlainan dengan pindah milik antara pemilik asal dan orang luar yang lazimnya memerlukan bukti Sales and Purchase Agreement (S&P) dan biasanya melibatkan penggunaan peguam yang memerlukan pengesahan oleh Pejabat Tanah.

Dalam kes saudari, pindah milik tersebut melibatkan tanah FELDA. Urusan pindahmilik tanah FELDA adalah tertakluk kepada Akta GSA 1960 dan Seksyen 214A Kanun Tanah Negara 1965. Pihak pentadbir tanah tersebut menangguhkan permohonan tersebut kerana pindah milik ini memerlukan kelulusan penuh Pengerusi Lembaga Tanah Estet. Oleh sebab itu, permohonan pindah milik saudari memerlukan masa yang agak panjang. Walaubagaimanapun, sekiranya berjalan lancar dan tiada masalah, pindah milik tersebut akan disegerakan dalam masa yang singkat. Walaubagaimanapun, pemilikan tanah FELDA hanya boleh dibuat kepada dua orang sahaja dan kepada waris-waris yang terdekat.




Nota: Waris-waris peneroka Felda adalah amat digalakkan untuk membuat perancangan/perbincangan awal kerana terdapat banyak kes-kes yang melibatkan harta pusaka yg tidak diselesaikan pada masa ini! Kebanyakan kes adalah disebabkan kegagalan mencapai persetujuan dalam isu pembahagian harta.  

Proses Pembahagian Harta Pusaka Kecil

Mulai 1 September 2009, bidang kuasa untuk menguruskan pembahagian harta pusaka kecil  yang berjumlah kurang RM 2 juta telah dipinda dari jumlah sebelumnya bernilai RM 600,000 (Akta Wasiat 1959). Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) Pindaan 2008 (Akta A1331) dan peraturan-peraturan mula berkuatkuasa mulai 1 September 2009.


Sekiranya simati ada meninggalkan jumlah harta pusaka bernilai tidak melebihi RM 2 juta, permohonan untuk pembahagian harta pusaka boleh dibuat di mana-mana Unit Pembahagian Pusaka / Pejabat Tanah dengan syarat simati mempunyai harta tak alih (tanah) di mukim atau daerah berkenaan.

Secara ringkasnya, proses adalah seperti berikut:

  1. Waris mengemukakan permohonan menggunakan Borang A (boleh didapati dari Pejabat Pusaka) berserta dokumen sokongan kepada Pejabat Tanah (Bahagian Harta Pusaka Kecil) di daerah di mana letaknya tanah.
  2. Permohonan disemak dan didaftarkan.
  3. Permohonan dihantar ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk pengesahan dan ke Pejabat Kadi untuk mendapatkan perintah pembahagian secara Faraid (sijil faraid) mengenai pembahagian harta pusaka simati.
  4. Setelah mendapat pengesahan dari Mahkamah Tinggi bahawa tidak ada permohonan lain dikemukakan bagi pembahagian pusaka simati, di tempat lain, dan setelah diperolehi sijil faraid dari Pejabat Kadi, fail dihantar ke Pejabat Pusaka Kecil bagi tindakan perbicaraan.
  5. Ketua Penolong Pengarah Pusaka Kecil menetapkan tarikh perbicaraan.
  6. Perbicaraan dijalankan di tempat dan tarikh yang ditetapkan.
  7. Sekiranya persetujuan gagal dicapai, perbicaraan ditangguh atau seorang Pentadbir dilantik dari kalangan waris untuk menyelesaikannya.
  8. Ulang bicara dijalankan setelah tercapai persetujuan dikalangan waris-waris. Selagi tiada persetujuan, kes akan tertangguh.
  9. Sekiranya persetujuan dari semua waris dicapai, Perintah mengenai pembahagian pusaka dikeluarkan dan dihantar ke Pejabat Tanah untuk dipinda Hakmilik.
  10. Penolong Pentadbir Tanah Daerah (PPTD) menerima dan menyemak Perintah dan minta pemohon membuat pembayaran.
  11. Pentadbir Tanah Daerah membuat pembahagian mengikut yang ditetapkan dalam Perintah.
  12. Dokumen Hakmilik dikembalikan kepada waris setelah selesai pendaftaran.
  13. Sekiranya terdapat harta boleh alih seperti kenderaan, waris perlu mengemukakan Perintah kepada pihak yang berkuasa berkenaan untuk menukar nama pemilikan kepada waris yang ditetapkan dalam Perintah.
 *Langkah-langkah diatas adalah aturan proses yg mungkin berubah tanpa makluman. Untuk proses terkini, sila rujuk Pejabat Pesaka Kecil berkenaan.

Dalam kebanyakan kes ketiadaan masa untuk semua waris-waris hadir dihari perbicaraan adalah salah satu punca dimana harta-harta tidak dapat diselesaikan selain dari isu kegagalan mencapai persetujuan dalam pembahagian. Fir 013 6545 360 atau wasap, saya boleh membantu anda dalam perancangan harta awal untuk mengelakkan pekara sebegini berlaku!

pusaka_kecil
Waris mencapai persetujuan adalah asas proses pembahagian
Proses-Pembahagian-Harta-Pusaka-Kecil
Proses-Pembahagian-Harta-Pusaka-Kecil

proses-permohonan-harta-pusaka-kecil
Rujuk Pejabat Pusaka Kecil untuk aliran terkini

Tak semudah disangka

amanahraya

 KISAH anak menghalau ibu, anak dan bapa bermasam muka bertahun lama dan adik-beradik putus saudara disebabkan harta pusaka bukan sesuatu yang baru dalam masyarakat kita.
Disebabkan berebut harta pusaka sama ada tanah, rumah, wang ringgit hatta sebuah motosikal sekali pun, hubungan kekeluargaan yang terjalin boleh putus sekelip mata. Orang yang dulunya disayangi secara tiba-tiba menjadi musuh.

Dan baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pula dilaporkan berkata, kurang kesedaran dan kemampuan aliran tunai menyebabkan aset milik individu yang meninggal dunia berjumlah kira-kira RM42 bilion masih tidak dituntut waris mereka dan tersimpan di Amanah Raya Berhad. Menurutnya, rakyat Malaysia masih kurang sedar mengenai kepentingan wasiat menyebabkan banyak aset serta harta tidak diurus dengan baik, malah ada yang dibekukan.

Daripada apa dikatakan Dr Awang Adek dapat disimpulkan bahawa sebab utama harta pusaka terbeku disebabkan orang Islam tidak membuat wasiat. Walaupun hujah itu ada kebenarannya, namun ia tidak menyelesaikan masalah harta pusaka terbeku secara total kerana risikonya tetap ada meskipun membuat wasiat.

Terdapat dua faktor utama kenapa masalah harta pusaka terbeku berlaku di Malaysia iaitu waris tidak mempunyai masa dan kos pengurusan harta pusaka yang mahal.


Waris tidak mempunyai masa, tambahan pula urusan itu hanya boleh dibuat pada waktu dan hari bekerja saja menyebabkan mereka terpaksa mengambil cuti, berkumpul di rumah bapa atau ibu sebelum hadir beramai-ramai ke pejabat organisasi yang menguruskan harta pusaka. Atas sebab itu kebanyakan waris memilih menangguh daripada memulakan prosiding harta pusaka kerana mereka ingin mencari masa sesuai dan benar-benar lapang. Namun bila masanya waris ada waktu lapang? Sementara menunggu waktu semua waris benar-benar lapang, ada pula yang meninggal dunia menyebabkan proses harta pusaka menjadi lebih sukar kerana bilangan waris semakin ramai atas sebab anak-anak atau pasangan kepada waris yang meninggal dunia itu pula menjadi gantian.
Jadi walaupun ada wasiat, jika waris melambat-lambatkan mengambil cuti untuk menyertai rombongan beramai-ramai ke organisasi pengurusan harta pusaka, ia tetap lambat diuruskan.

Faktor kedua ialah kos pengurusan harta pusaka di Malaysia mahal dan waris keberatan mengambil langkah permulaan kerana anggapan biasa siapa yang mengambil inisiatif, dialah yang terpaksa menanggung kos permulaan seperti caj buka fail yang biasanya antara RM500 sehingga beberapa ribu ringgit. Walaupun hakikatnya caj ini boleh dituntut semula daripada harta pusaka si mati, namun tidak ramai waris bersedia untuk mengeluarkan pembayaran pendahuluan kerana berfikir waris lain juga ada bahagian jadi kenapa mereka yang kena bayar dulu.

Kos membuka fail hanya permulaan kerana terdapat kos lain yang dikenakan untuk perkhidmatan pengurusan harta pusaka antaranya bayaran profesional yang kebiasaannya antara satu hingga lima peratus daripada nilai harta pusaka. Ini tidak termasuk kos lain seperti kos carian, kos guaman, kos perjalanan, kos pentadbiran dan sebagainya. Hakikatnya, walaupun si mati meninggalkan wasiat, kos itu terpaksa ditanggung waris atau ditolak daripada harta pusaka yang ditinggalkan. Selain dua faktor itu, penasihat agensi perunding harta pusaka Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd, Ariffin Sabirin berkata, umat Islam perlu faham di dalam konteks wasiat, terdapat dua fungsi berbeza yang dimainkan iaitu pentadbiran harta pusaka dan pengagihan harta pusaka. “Di dalam fungsi wasiat sebagai instrumen pentadbiran harta pusaka, wasiat seperti ini dibicarakan mengikut Undang-Undang Sivil iaitu di Pejabat Pesaka Kecil (bagi harta pusaka bernilai RM2 juta ke bawah) dan Mahkamah Tinggi Sivil (bagi harta pusaka bernilai RM2 juta ke atas).

“Fungsi wasiat yang melantik wasi hanya berkuatkuasa bagi kes yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil iaitu bernilai RM2 juta ke atas manakala bagi kes yang dibicarakan di Pejabat Pesaka Kecil, wasiat yang melantik wasi ini hanya akan berkuatkuasa sekiranya dipersetujui waris,” katanya. Dalam kata lain, menurutnya, sekiranya waris tidak bersetuju dengan pelantikan wasi yang dibuat di dalam wasiat itu, mereka boleh bermuafakat melantik wasi di kalangan waris sendiri. “Maka timbul isu lain. Jika wasiat seperti ini tidak berkuat kuasa, kenapa perlu kita membuat wasiat dan 99 peratus daripada wasiat yang dibuat oleh orang Islam di Malaysia tergolong di dalam kategori ini,” katanya. Beliau berkata, fungsi wasiat sebagai instrumen pengagihan harta pusaka pula dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah. “Wasiat di sini secara khusus merujuk kepada hasrat pewasiat untuk membahagi-bahagikan harta pusakanya pada takat maksimum kepada bukan waris. Bukan waris di sini merujuk kepada individu yang tidak menerima harta pusaka mengikut hukum faraid.

“Isunya pula, wasiat digembar-gemburkan sebagai instrumen untuk membahagikan harta pusaka sedangkan hakikatnya, pembahagian ini hanya efektif untuk bukan waris. Wasiat kepada waris hanya boleh terlaksana jika dipersetujui semua waris selepas kematian pewasiat. “Sekiranya mereka tidak bersetuju, pembahagian mengikut hukum faraid akan dilaksanakan. Maka timbul satu lagi isu iaitu jika wasiat membahagikan harta ini tidak efektif kecuali kepada bukan waris itupun pada takat maksimum satu per tiga saja, kenapa perlu kita membuat wasiat,” katanya. Ariffin berkata, daripada huraian itu jelaslah bahawa wasiat sebenarnya mempunyai fungsi sangat terhad dalam konteks pengurusan harta pusaka orang Islam. “Bagi orang bukan Islam, wasiat memang instrumen perancangan harta pusaka yang terpenting, tetapi bagi orang Islam, hanya dua kategori yang memerlukan wasiat iaitu orang yang mempunyai nilai harta pusaka RM2 juta ke atas dan orang yang mempunyai hasrat untuk membahagikan hartanya pada takat maksimum satu pertiga kepada bukan waris,” katanya. Sehubungan itu, beliau berkata, pemahaman hukum faraid antara waris selain pewasiat menyediakan dokumen tepat atau hibah (hadiah) dan melantik pegawai daripada agensi pengurusan harta pusaka untuk berkhidmat secara peribadi menjadi penyelesaian terhadap isu perebutan harta pusaka, selain mengelak harta itu terbeku akibat pewaris enggan memberi kerjasama.

“Wasiat dilaksanakan bagi membahagi harta di kalangan waris, namun tidak semestinya waris bersetuju dengan kaedah pembahagian itu sehingga boleh menyebabkan pergaduhan selain proses pembahagian harta itu gagal dilakukan.

“Dengan menyediakan dokumen lengkap atau hibah, ia boleh dikuatkuasakan walaupun ada di kalangan waris tidak bersetuju. Si pewasiat boleh menghibahkan hartanya kepada waris pada kadar tertentu, walaupun ada waris lain tidak bersetuju.

“Malah, jika berlaku sesuatu, si pewasiat boleh menarik balik harta yang dihibahkan kepada waris tertentu dan ia dikuat kuasakan di mahkamah,” katanya.

Menurutnya, dengan melantik pegawai untuk berkhidmat secara peribadi, masalah mencari masa sesuai dapat diselesaikan kerana agensi pemegang amanah itu boleh hadir walaupun di hujung minggu bagi membincangkan isu pembahagian harta pusaka selain memberi khidmat nasihat.

“Menerusi kaedah hibah si pewasiat boleh merancang hartanya sendiri ketika dia masih hidup dan memperuntukkan secara tepat apakah harta yang dia mahu wariskan kepada isteri dan anak-anak.

“Ia sekali gus memastikan masalah pusaka yang dihadapinya kini tidak akan dihadapi isteri atau anak-anaknya kelak,” katanya. Kesimpulannya, pertikaian harta pusaka boleh menjejaskan secara serius hubungan di dalam keluarga, tetapi dapat dielakkan jika perancangan harta secara bertulis dapat dibuat awal.

Oleh Muhd Izawan Baharin
Penulis wartawan Harian Metro

POLISI TAKAFUL: Adakah benar waris yang kita ingini akan berhak keatas wang polisi?

hibah

Ramai di kalangan kita membeli polisi takaful. Objektifnya tetap sama di kalangan semua pemegang polisi takaful iaitu kita mahu jika sesuatu berlaku kepada kita, pasangan dan anak-anak kita mempunyai wang tunai untuk meneruskan kehidupan mereka. Oleh itu kita meletakkan nama mereka sebagai ‘Penama’ kepada polisi-polisi ini. Hasrat ini memang murni dan terpuji.

Memang benar syarikat takaful bertanggungjawab untuk membayar wang polisi ini kepada ‘Penama’ seperti yang kita tetapkan bagi polisi tersebut  namun tahukah kita bahawa ‘Penama’ ini sebenarnya hanyalah seorang Wasi (Pemegang Amanah) sahaja ? Apabila mereka menerima wang polisi ini, mereka bertanggungjawab untuk mengagihkan semula wang ini kepada waris-waris lain yang berhak mengikut Hukum Faraid.

Apakah yang akan terjadi jika ‘Penama’ ini enggan menyerahkan semula wang polisi ini  kepada waris-waris Hukum Faraid tersebut? Waris-waris mengikut Hukum Faraid mempunyai hak untuk menyaman ‘Penama’  didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah bagi menuntut bahagian mereka.

Bukankah keadaan ini menyukarkan untuk ‘Penama’ dan juga waris-waris ? Jika anda benar-benar berhasrat supaya ‘Penama’ ini menerima wang polisi ini secara mutlak tanpa boleh dicabar oleh waris-waris mengikut Hukum Faraid, anda perlu mendapatkan perkhidmatan HIBAH TAKAFUL.

HIBAH TAKAFUL menjamin supaya ‘Penama’ atau sesiapapun yang anda ingini menerima wang polisi ini secara mutlak tanpa boleh dicabar oleh waris-waris mengikut Hukum Faraid. Bukankah ini yang anda mahukan ?

Sumber: Artikel dari Wasiyyah Shoppe