Mulai 1 September 2009, bidang kuasa untuk menguruskan pembahagian harta pusaka kecil yang berjumlah kurang RM 2 juta telah dipinda dari jumlah sebelumnya bernilai RM 600,000 (Akta Wasiat 1959). Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) Pindaan 2008 (Akta A1331) dan peraturan-peraturan mula berkuatkuasa mulai 1 September 2009.
Sekiranya simati ada meninggalkan jumlah harta pusaka bernilai tidak melebihi RM 2 juta, permohonan untuk pembahagian harta pusaka boleh dibuat di mana-mana Unit Pembahagian Pusaka / Pejabat Tanah dengan syarat simati mempunyai harta tak alih (tanah) di mukim atau daerah berkenaan.
Secara ringkasnya, proses adalah seperti berikut:
Dalam kebanyakan kes ketiadaan masa untuk semua waris-waris hadir dihari perbicaraan adalah salah satu punca dimana harta-harta tidak dapat diselesaikan selain dari isu kegagalan mencapai persetujuan dalam pembahagian. Fir 013 6545 360 atau wasap, saya boleh membantu anda dalam perancangan harta awal untuk mengelakkan pekara sebegini berlaku!

- Waris mengemukakan permohonan menggunakan Borang A (boleh didapati dari Pejabat Pusaka) berserta dokumen sokongan kepada Pejabat Tanah (Bahagian Harta Pusaka Kecil) di daerah di mana letaknya tanah.
- Permohonan disemak dan didaftarkan.
- Permohonan dihantar ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk pengesahan dan ke Pejabat Kadi untuk mendapatkan perintah pembahagian secara Faraid (sijil faraid) mengenai pembahagian harta pusaka simati.
- Setelah mendapat pengesahan dari Mahkamah Tinggi bahawa tidak ada permohonan lain dikemukakan bagi pembahagian pusaka simati, di tempat lain, dan setelah diperolehi sijil faraid dari Pejabat Kadi, fail dihantar ke Pejabat Pusaka Kecil bagi tindakan perbicaraan.
- Ketua Penolong Pengarah Pusaka Kecil menetapkan tarikh perbicaraan.
- Perbicaraan dijalankan di tempat dan tarikh yang ditetapkan.
- Sekiranya persetujuan gagal dicapai, perbicaraan ditangguh atau seorang Pentadbir dilantik dari kalangan waris untuk menyelesaikannya.
- Ulang bicara dijalankan setelah tercapai persetujuan dikalangan waris-waris. Selagi tiada persetujuan, kes akan tertangguh.
- Sekiranya persetujuan dari semua waris dicapai, Perintah mengenai pembahagian pusaka dikeluarkan dan dihantar ke Pejabat Tanah untuk dipinda Hakmilik.
- Penolong Pentadbir Tanah Daerah (PPTD) menerima dan menyemak Perintah dan minta pemohon membuat pembayaran.
- Pentadbir Tanah Daerah membuat pembahagian mengikut yang ditetapkan dalam Perintah.
- Dokumen Hakmilik dikembalikan kepada waris setelah selesai pendaftaran.
- Sekiranya terdapat harta boleh alih seperti kenderaan, waris perlu mengemukakan Perintah kepada pihak yang berkuasa berkenaan untuk menukar nama pemilikan kepada waris yang ditetapkan dalam Perintah.
Dalam kebanyakan kes ketiadaan masa untuk semua waris-waris hadir dihari perbicaraan adalah salah satu punca dimana harta-harta tidak dapat diselesaikan selain dari isu kegagalan mencapai persetujuan dalam pembahagian. Fir 013 6545 360 atau wasap, saya boleh membantu anda dalam perancangan harta awal untuk mengelakkan pekara sebegini berlaku!
Waris mencapai persetujuan adalah asas proses pembahagian |