Home » , » Rebut tanah pusaka - Abang roboh rumah adik

Rebut tanah pusaka - Abang roboh rumah adik


harta pusaka
Akibat rebut harta pusaka
Ini adalah peristiwa yang berlaku di Pasir Putih Kelantan dimana konflik keluarga yang merebut harta pusaka. “Secara tiba-tiba, pemandu jengkaut sambil diawasi beberapa lelaki bertindak merobohkan sebahagian rumah saya yang terletak atas lot tanah milik abang sehingga saya takut keadaan keselamatan diri dan anak.
“Saya bergegas mengejutkan semua anak keluar menyelamatkan diri kerana bimbang rumah roboh akibat tindakan itu dan kami hanya mampu menangis ketakutan,” kata wanita berusia 40-an ketika ditemui media.

Perbuatan abangnya adalah disebabkan oleh perselisihan keluarga yang mana tiada isu timbul sebelum itu, semasa bapa mereka masih hidup walaupun sebahagian rumah beliau dibina atas kawasan lot tanah milik abangnya. Segalanya bermula apabila tanah pusaka milik arwah ibu bapa dituntut dan hanya ada perjanjian lisan sebelum itu. Mungkinkah perselisihan sebegini akan berlaku sekiranya ada dokumen wasiat dan perancangan harta?

Sumber dari Berita Harian


Tekan butang dibawah untuk berkongsi artikel ini melalui media anda!