Hibah

 Intisari - Pemberian hadiah semasa hidup kepada orang tersayang tetapi pindah milik harta hanya dibuat selepas kematian.

hibah_rumah
Dokumen Hibah ialah dokumen yang disediakan sekiranya anda berhasrat untuk membahagi-bahagikan harta anda kepada sesiapa sahaja yang anda ingini mengikut bahagian yang anda tentukan. Melalui Hibah, anda boleh tentukan siapa yang akan mewarisi harta anda baik harta yang berbentuk hartanah, barang kemas ataupun saham syarikat dan lain-lain lagi.

Penerima Hibah pula boleh terdiri dari sesiapa sahaja baik waris atau bukan waris, orang yang berlainan agama mahupun organisasi. Sebagai contoh, sekiranya seorang anak yang baru memeluk agama Islam ingin menghadiahkan hartanya kepada ibu bapanya, dokumen hibah membolehkan harta beliau dihadiahkan kepada ibu-bapanya. Apa yang lebih menarik mengenai Hibah ialah pemberian/hadiah didokumenkan semasa hidup tetapi pindah milik harta tersebut hanya dibuat selepas kematian. Ini bermakna anda masih berhak sepenuhnya keatas harta tersebut semasa anda masih hidup.

Hibah yang diberikan oleh ibu/bapa/datuk/nenek kepada anak/cucu, boleh ditarik pada bila-bila masa sekiranya penghibah berubah fikiran. Apa yang menarik disini, hibah adalah satu cara yang memberi hartanah berupa rumah kediamaan kepada anak-anak yang dipilih dan mengelakkan situasi dimana anak tersebut membuang atau mengusir ibubapa mereka dari rumah itu. Kita maklum akan pekara sebegini yang berlaku didalam masyarakat pada masa ini.

Jadi tunggu apa lagi? Laksanakan Hibah anda sekarang untuk memastikan hasrat anda untuk membahagi-bahagikan harta anda melalui hibah kepada orang tersayang tercapai. Para majikan juga boleh menggunanakan hibah untuk menghadiahkan sesuatu kepada pekerja pilihan anda yang telah bertungkus lumus membina syarikat bersama anda dari permulaan syarikat lagi.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk melakukan hibah, sila hubungi Perunding Professional Hibah , En Fir di talian 013 654 5360 atau tekan je link wasap ini.

hibah_wang
Rumah kediamaan anda adalah harta terpenting tempat keluarga anda berlindung, pastikan tempat kediamaan anak-anak dan isteri anda dilindungi sepenuhnya selepas ketiadaan anda, jangan sampai mereka ditimpa kesusahan


Rujuk juga artikel berkaitan ini.