Home » , , » POLISI TAKAFUL: Adakah benar waris yang kita ingini akan berhak keatas wang polisi?

POLISI TAKAFUL: Adakah benar waris yang kita ingini akan berhak keatas wang polisi?

hibah

Ramai di kalangan kita membeli polisi takaful. Objektifnya tetap sama di kalangan semua pemegang polisi takaful iaitu kita mahu jika sesuatu berlaku kepada kita, pasangan dan anak-anak kita mempunyai wang tunai untuk meneruskan kehidupan mereka. Oleh itu kita meletakkan nama mereka sebagai ‘Penama’ kepada polisi-polisi ini. Hasrat ini memang murni dan terpuji.

Memang benar syarikat takaful bertanggungjawab untuk membayar wang polisi ini kepada ‘Penama’ seperti yang kita tetapkan bagi polisi tersebut  namun tahukah kita bahawa ‘Penama’ ini sebenarnya hanyalah seorang Wasi (Pemegang Amanah) sahaja ? Apabila mereka menerima wang polisi ini, mereka bertanggungjawab untuk mengagihkan semula wang ini kepada waris-waris lain yang berhak mengikut Hukum Faraid.

Apakah yang akan terjadi jika ‘Penama’ ini enggan menyerahkan semula wang polisi ini  kepada waris-waris Hukum Faraid tersebut? Waris-waris mengikut Hukum Faraid mempunyai hak untuk menyaman ‘Penama’  didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah bagi menuntut bahagian mereka.

Bukankah keadaan ini menyukarkan untuk ‘Penama’ dan juga waris-waris ? Jika anda benar-benar berhasrat supaya ‘Penama’ ini menerima wang polisi ini secara mutlak tanpa boleh dicabar oleh waris-waris mengikut Hukum Faraid, anda perlu mendapatkan perkhidmatan HIBAH TAKAFUL.

HIBAH TAKAFUL menjamin supaya ‘Penama’ atau sesiapapun yang anda ingini menerima wang polisi ini secara mutlak tanpa boleh dicabar oleh waris-waris mengikut Hukum Faraid. Bukankah ini yang anda mahukan ?

Sumber: Artikel dari Wasiyyah Shoppe