Faraid

Faraid adalah ilmu yang akan mula-mula dicabut dari umat manusia. Ilmu ini diperincikan dalam Al-Quran kerana ada sebab yang kuat terutamanya ia berkait rapat dengan pengurusan harta. Oleh kerana sifat manusia yang suka akan kekayaaan, ramai yang terjebak dalam isu tidak menyelesaikan pembahagian harta mengikut hukum Faraid serta membelakangi hukum Allah. Walaupun kita selalu diingatkan jangan sesekali memakan harta anak yatim, tetapi melalui perlaksanaan pembahagian harta yang tidak sempurnalah selalu yg menyebabkan kita terjebak dalam isu ini.

Dibawah ini saya kongsikan sedikit penerangan mengenai pembahagian harta melalui hukum Faraid

Fakta 1 - Sekiranya meninggal anak Adam, maka berikut adalah perlu dilakukan oleh warisnya
  • Menyempurnakan pengkebumikan jenazah 
  • Harta simati perlu di sempurnakan mengikut urutan proses berikut:-
Mulakan dengan SENARAIKAN SEMUA HARTA SI MATI
TOLAK : HIBAH / AMANAH  (Sekiranya beliau ada meninggalkan dokumen berkaitan)

HARTA PUSAKA
TOLAK : HUTANG (Hutang-hutang beliau wajib diselesaikan melalui harta-hartanya)

HARTA PUSAKA BERSIH
TOLAK : WASIAT ISLAM 1/3 (Sekiranya beliau ada meninggalkan dokumen berkaitan)
TOLAK : HARTA SEPENCARIAN (Sekiranya beliau ada meninggalkan dokumen berkaitan)

HARTA PUSAKA BERSIH
HARTA PUSAKA DIAGIH IKUT FARAID (Baki harta setelah di tolak kesemua pekara diatas)

Ini adalah urutan proses pembahagian harta. Sekiranya arwah tidak meninggalkan sebarang dokumen pesanan wasiat wasi dan wasiat islam, dokumen hibah, dokumen harta sepencarian, langkah yang perlu ialah selesaikan hutang-hutang beliau dan kemudian baki harta adalah di agihkan mengikut hukum Faraid yang mana harus melalui proses perundangan negara untuk mencairkan/memindah milik harta-harta tersebut kepada waris-waris yang berhak. Ini adalah satu proses yang akan mengambil masa untuk dilaksanakan.


Fakta 2 - Harta simati
Selalunya apabila kita memperkatakan mengenai harta, asset yang besar sahaja seperti rumah, kereta, duit dalam akaun yang kita ambil kira. Tetapi harus semua waris ingat, pakaian, perabot, duit seringgit pun yang tinggal dalam laci beliau itu pun adalah harta arwah. Untuk kaum wanita, barang kemas emak adalah yang selalu diambil atas dasar ingatan terhadap ibu kita, tetapi anda harus ingat itu pun sudah menjadi harta pusaka. Sekiranya semasa ibu masih hidup sudah dinyatakan pada siapa harta tersebut ingin ibu hadiahkan, itu tak mengapa sekiranya ada saksi. Walaubagaimanapun perjanjian/amanah secara lisan perlukan saksi yg kukuh.
Seelok-eloknya selepas kematian, waris yang berhak harus duduk semeja dan berbincang mendapat penyelesaian segera dan bertindak menyelesaikan harta-harta arwah, kerana dikhuatiri sekiranya tidak diselesaikan segera, zakat harta-harta tersebut akan tergantung.


Fakta 3 - Pembahagian secara Faraid
Disini kita akan membincangkan pembahagian harta mengikut hukum faraid secara ringkas. Kita ambil model keluarga ringkas sahaja. Untuk model keluarga yang mempunyai pertalian berselirat, dan harta tak diagihkan untuk jangkamasa yang lama dan sudah mempunyai pembahagian bertindih (contoh: seorang waris yg memiliki harta dari ayah meninggal sebelum harta tersebut diselesaikan pengagihannya) memerlukan rujukan berasingan dari yang arif dengan pembahagian faraid.

Carta asas pembahagian (klik pada imej untuk membesarkan gambar)
Sumber: www.usm.com.my
faraid
Pembahagian asas 1
faraid
Pembahagian asas 2

Bagaimana untuk membaca carta diatas:
Perlu diingatkan, pembahagian adalah tertakluk kepada jumlah harta bersih (spt yg dinyatakan diatas)
1. Jika suami meninggal dan keluarga anda ada anak lelaki, bahagian untuk isteri ialah 1/8 dari jumlah harta
2. Anak yang telah berkahwin mempunyai anak lelaki meninggal, tetapi ibu dan bapa masih hidup, jadi ibu mendapat 1/6 dan bapa mendapat 1/6 bahagian dari jumlah harta.

Untuk lebih jelas, kita lihat contoh-contoh di bawah.

Contoh:
Seorang lelaki meninggal dan meninggalkan:-
1. Seorang isteri, Ayah, Ibu, Seorang anak lelaki, Dua orang anak perempuan, 2 adik lelaki dan 2 adik perempuan

Harta perlu diagihkan mengikut faraid kepada waris berikut sahaja dan bahagian-bahagiannya:-
1. Isteri dapat 1/8 bahagian
2. Ayah dapat 1/6 bahagian
3. Ibu dapat 1/6 bahagian
4. Seorang anak lelaki dapat 13/48 bahagian
5. Dua orang anak perempuan dapat 13/48 bahagian
6. 2 adik kandung lelaki dan 2 adik kandung perempuan tak dapat apa-apa disebabkan ada penghadang iaitu anak lelaki beliau.

Dalam semua kes, anak lelaki atau bapa adalah "penghadang" untuk harta jatuh kepada lain-lain waris.

Untuk kes diatas, sekiranya tiada anak lelaki, pembahagian untuk isteri, ibu dan ayah masih sama, tetapi dua anak perempuan kini berkongsi samarata 2/3 bahagian dari jumlah harta.

Katakan ayah beliau pun telah tiada semasa saat kematian, pembahagian sekarang ialah bahagian isteri dan ibu masih sama, 2 anak perempuan berkongsi samarata 2/3 bahagian dan kini dua adik lelaki arwah berhak mendapat 1/36 bahagian dan 2 adik perempuan beliau dapat 1/72 bahagian.


Kenapa sudah ada bahagian untuk adik kandung arwah? 
Kedua-dua penghadang iaitu anak lelaki dan ayah sudah tiada, jadi tanggungjawab berpindah kepada emak/bapa saudara juga. Lihat video ini untuk memahami kenapa lelaki mendapat lebih bahagian dari perempuan!


Siapakah golongan kritikal yang perlu membuat perancangan harta? 
  1. Keluarga yang tidak mempunyai anak
  2. Keluarga yang hanya mempunyai anak perempuan sahaja dan datuk sudah tiada
  3. Orang bujang yang tidak mempunyai ayah

Jadi disini kita dapat lihat dimana "penghadang" adalah penting. Sekiranya tiada penghadang, harta anda akan diwarisi oleh orang yang mungkin anda tidak mahu harta tersebut diwarisi (walaupun adik beradik anda sendiri). Jika anda ada waris-waris "tertentu" yang anda ingin berikan harta yang lebih kepada mereka, laksanakan hibah.

Rujuk juga artikel berikut:-
1. Harta pusaka suami bukan hanya milik isteri
2. Polisi takaful - Adakah waris yang kita ingini berhak keatas wang polisi 
3. Kiraan Faraid

Untuk maklumat lanjut dan penerangan lengkap perancangan dan pengurusan harta pusaka hubungi En Fir ditalian 013 6545 360 atau tekan je link wasap ni.