Home » , , » Persoalan harta anda

Persoalan harta anda

wasiat_islam

Soalan: Saya baru masuk Islam. Adakah anak-anak saya yang masih bukan Islam boleh dapat harta peninggalan saya?
Jawapan: Boleh, sekiranya anda membuat pesanan-pesanan seperti didalam wasiat anda tetapi hanya 1/3 sahaja yang boleh diberikan dari jumlah keseluruhan harta anda itu.


Soalan: Bolehkah saya wasiatkan harta saya kepada bukan waris macam pertubuhan anak yatim atau anak angkat? 
Jawapan: Itulah tujuan utama apabila seseorang itu meninggalkan dokumen wasiat, iaitu untuk menyampaikan pesanan untuk harta diberikan kepada bukan waris. Pastikan pesanan anda itu tidak melebihi 1/3 dari keseluruhan harta tersebut.


Soalan: Perlukah buat wasiat, bukan nanti kita hanya perlu ikut faraid sahaja?
Jawapan: Sekiranya tiada sebarang pesanan atau wasiat, hukum faraid akan diguna pakai. Dengan kata lain, kalau si mati ada meninggalkan wasiat islam, kita hendaklah mengagihkan harta mengikut kehendak si mati.
Sebagai contoh, si mati ada niat untuk sedekahkan duit untuk masjid dan dinyatakan dalam wasiat, maka kita hendaklah mengikut kehendaknya seperti yang telah dinyata dalam wasiatnya tertakluk kepada pembahagian maksima 1/3 sahaja untuk bukan waris.


Soalan: Bagaimana pembahagian harta bagi lelaki/perempuan yang tidak berkahwin? Bolehkah harta hanya diwasiatkan kepada anak-anak saudara dan bukan adik beradik?
Jawapan: Sekiranya tiada perancangan awal dibuat, pembahagian harta akan diberikan kepada adik-beradik dan mak dan ayah mengikut hukum faraid dan bergantung kepada waris yang masih hidup pada waktu kematian. Pemberian kepada anak saudara hanya boleh diwasiatkan dengan jumlah tidak melebihi 1/3 daripada harta kita atau anda boleh menghibahkan untuk lain-lain jumlah yang anda kehendaki kepada mana-mana anak saudara.


Soalan: Bagaimana dengan harta tak cair seperti, rumah, tanah dikira di dalam pembahagian harta pusaka kepada ramai pewaris yg terdiri dari beberapa orang?
Jawapan: Harta pusaka yang berbentuk aset tetap yang tidak boleh dibahagi-bahagikan antara waris-waris seperti rumah atau tanah, cara pembahagiannya ialah menisbahkan bahagian setiap pewaris harta itu mengikut hukum faraid. Kemudian, mereka dianggap memiliki aset tersebut secara bersama atau melalui persetujuan bersama, pewaris terlibat boleh membahagikan seperti, abang ambil rumah dan adik ambil tanah, dsb.

Perancangan harta adalah amat digalakkan di dalam Islam. Untuk perancangan, terdapat banyak instrumen seperti wasiat, hibah atau amanah. Semua produk perancangan ini ada disediakan oleh Wasiyyah Shoppe, sila hubungi kami melalui butang hubungi saya di sebelah kanan untuk maklumat lanjut mengenai perancangan dan pengurusan harta anda.
amanahraya