Home » , » Selesaikan segera kes-kes harta pusaka

Selesaikan segera kes-kes harta pusaka


Saban hari ada sahaja artikel di akhbar-akhbar berkenaan tuntutan harta pusaka. Anggaran sebanyak RM42 billion harta pusaka adalah amat banyak sekali untuk dibiarkan. Kami percaya setiap ahli masyarakat tahu akan kes yang sedang dihadapi oleh keluarga atau kawan. Dan juga banyak pertanyaan yang kami terima adalah untuk menyelesaikan kes yang telah berlaku. Sekiranya perbincangan dapat dilaksanakan secara baik, insyallah segala permasalahan mengenai harta pusaka dapat di selesaikan.

Tetapi dalam banyak kes, perbalahan atau perselisihan antara sesama saudara adalah penghalang kepada penyelesaian secara baik. Sekiranya anda ingin zuriat anda bebas dari terjebak dalam kancah perpecahan dan perbalahan sesama saudara disebabkan harta pusaka atau terjebak dengan godaan iblis untuk menafikan hak pewarisan harta, laksanakanlah perancangan dan pengurusan harta pusaka dari sekarang.

Sekiranya anda mengambil langkah tersebut, anda telah memastikan keturunan anda bebas dari terjebak dalam isu seperti "memakan harta anak yatim". Satu dosa yang banyak berlaku secara tidak disedari oleh masyarakat kita pada masa kini.