Home » , » Wasiat

Wasiat

wasiat
 Apakah wasiat?
Wasiat adalah dokumen yang menyatakan hasrat seseorang untuk menagihkan harta mengikut kehendaknya selepas beliau meninggal dunia. Orang-orang Islam hanya dibenarkan mewasiatkan satu pertiga (1/3) dari jumlah hartanya kepada bukan waris umpamanya, masjid, rumah anak yatim, anak angkat, dll. Harta yang selebihnya (2/3) patut diagihkan mengikut hukum Faraid.

Apakah dokumen yang perlu dalam penyediaan dokumen wasiat?
Dokumen-dokumen yang perlu adalah salinan dokumen Pengenalan Pewasiat dan waris atau dokumen kelahiran waris dan dokumen yang menunjukkan hak pewasiat keatas sesuatu harta misalnya geran tanah, rumah, kereta, nombor akaun-akaun bank, ASB dan sebagainya. Sekiranya pewasiat ingin melantik wasi (seseorang yang dipercayai oleh pewasiat untuk menguruskan harta pusakanya), dokumen pengenalan wasi juga diperlukan. 

Apakah perlu wasiat ditunaikan?
Pada asalnya wasiat wajib ditunaikan walaubagaimanapun wasiat yang baik (tidak bercanggah dengan syara') wajib dilaksanakan. Contohnya: Seorang ayah sebelum meninggal mewasiatkan hartanya diwakafkan kepada fakir miskin (tidak melebihi 1/3). Jikalau wasiat tersebut bercanggah dengan syarak seperti seorang ayah mewasiatkan kepada anak tertentu sekian-sekian bahagian, maka ia tidak boleh dilaksanakan wasiat kepada waris adalah tidak dibenarkan.

Bolehkah saya menulis wasiat sedangkan hutang saya melebihi daripada aset?
Anda boleh menulis wasiat, akan tetapi hutang anda akan diselesaikan dahulu sebelum pembahagian ke atas baki harta pusaka anda boleh dibuat kepada waris.

Bagaimana jikalau saya hendak semua anak-anak saya, lelaki atau perempuan, menerima harta saya secara sama rata?
Anda boleh melakukan hibah atau terus menukar nama pada harta-harta anda kepada anak-anak anda semasa anda masih hidup.

Tekan butang dibawah untuk berkongsi artikel ini melalui media anda!