Home » , » Kisah anak rebut harta lagi!

Kisah anak rebut harta lagi!

wasiat_rebut_harta

Kesian ibu itu. Selalunya bila dah berebut macam ini, keluarga pasti berpecah belah. Tak bertegur lagilah dan tinggi kebarangkaliannya bila sampai hari raya, ada keluarga tak pulang ke kampung. Sekiranya mengikut hukum Faraid, ibu ada bahagiannya. Tapi dalam kes ini saya rasa anak tak patut ambil kesempatan.  Jaga kebajikan ibu tu dulu.

Kalau bahagikan dulu harta pun ada masalahnya juga. Seperti apa yang terjadi dalam satu cerita di Lembah Kelang. Seorang ayah yang memang hartawan membahagikan harta-hartanya kepada anak-anaknya semasa beliau masih hidup, katanya esok-esok anak-anak tak bergaduh. Nak dijadikan cerita, apabila ayah jatuh sakit dan lumpuh, semua anak-anak tinggalkan beliau, satu pun tak nak jaga beliau walaupun harta yang diberikan kepada mereka sudah cukup untuk mereka tidak bekerja lagi. Akhirnya tinggallah ayah ini bersama lima orang pembantu rumah Indonesia sahaja dan apabila tiba waktu solat, ayah ini akan di tolak atas kerusi roda ke masjid untuk menunaikan kewajipannya, oleh pembantu rumah. Segalanya diuruskan oleh pembantu rumah, tapi bagaimana dengan soal hati?

Sebenarnya pekara sebegini mampu kita elakkan sekiranya perancangan awal dibuat. Instrumen seperti akaun amanah dan hibah boleh digunakan untuk mengatasi pekara sebegini. Rancanglah untuk menguruskan harta anda semasa anda masih berdaya!