Ingin saya menarik perhatian umum akan pekara ini - Sewa rumah arwah ayah milik siapa?
Jika setelah peninggalan ayah, keseluruhan harta-harta pusaka ayah telah diselesaikan, Alhamdullilah - bahagia dan tenang ayah disana, in syaa Allah.
Jika tidak, bagaimana?
Pekara sebegini banyak berlaku didalam masyarakat kita pada masa ini.
Anak-anak berjaya dibesarkan oleh mak/ayah. Mereka kini tinggal di rumah banglo milik sendiri bandar-bandar besar, berpendapatan melebihi dari mencukupi dan mereka tak perlukan harta pusaka mak/ayah. Selepas kematian ayah, mak tinggal di rumah tersebut. Walaupun anak-anak mempunyai hak atas rumah tersebut, rata-rata mereka biarkan saja mak menghabiskan usia dirumah yang membawa seribu kenangan padanya. Tak pelah ada ucu atau achik, yang tinggal berdekatan tengok-tengokkan mak.
Setelah mak juga menjadi arwah, rumah pusaka ayah kosong. Ucu/achik ada rumah sendiri. Ada orang datang meminta untuk menyewa, lalu disewakan rumah tersebut dan sewa tersebut dikutip oleh ucu/achik.
Bagaimanakah status sewaan bulanan tersebut tersebut sekiranya keluarga (adik-beradik) tersebut belum bersetuju atau selesai dalam hal pembahagian harta pusaka arwah ayah?
Pada pembaca budiman, ini bukan pekara mudah dan pekara sebegini banyak berlaku ketika ini. Pada saya ia berlaku kerana faktor kekurangan ilmu harta pusaka lalu tanggungjawab diabaikan.
Sekiranya kita sebagai anak-anak, berkumpullah dan bawa berbincang. Jika harta kita dah lebih dari mencukupi untuk tampung kehidupan kita hingga akhir hayat, jangan jadi kejam pada adik/abang kita, kerana kita tidak jelaskan status sewaan tersebut. Paling tidak, isytiharkan sewa rumah arwah ayah saya tak perlukan, biar semua adik-beradik tahu yang kita tidak perlukan harta mak/ayah (nyatakan apa perlu dilakukan dengan bahagian hak anda), dan arahkan adik-beradik yang lain supaya segera selesaikannya. Dengan satu pengistiharan pada semua yang berhak, hak dan tanggungjawab anda dah selesai.
Ucu/achik yang mengutip sewa, tanya juga pada yang lain kerana ada hak mereka atas sewa tersebut. Jika digunakan terus-terusan bertahun-tahun, bagaimana nanti penyelesaian hak yang lain-lain tu?
Jika nilai kutipan sewaan tu melebihi nilai atau kadar nisab zakat, siapa pulak yang selesaikan zakat? Banyak lagi persoalan lain, jika ada lagi harta-harta lain selain nilai sewa ini.
Sesungguhnya jika anak-anak betul sayangkan dan kasihani ibu/ayah, selesaikanlah harta mereka walau bagaimanapun payahnya. Jangan biarkan ianya tergantung? Gelang & rantai loket arwah mak siapa yang simpan atau pakai sekarang ni, yang lain dah bersetuju ke?
Minta maaf lah ye kepada kenyataan sebegini, "aku yang jaga mak siang/malam masa dia sakit, jadi akulah yang layak" - Anda perlu pelajari ilmu harta pusaka islam supaya tidak ditipu syaitan.
Sebagai mak/ayah pula, pesan & pesan & pesan pada anak-anak untuk segera selesaikan harta pusaka kita setelah kita meninggal. Buat pesanan atau wasiat & pesan tempoh masa penyelesaian. Tidakkah kita juga ingin bahagia dan tenang disana. Sesungguhnya kita tidak perlu masalah dunia dibawa ke alam barzakh.
Artikel sewa rumah arwah ayah milik siapa ini berdasarkan situasi terkini. Sama-samalah kita buka minda, renungkan dan merujuklah kepada yang lebih arif kerana kita tidak ingin termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim atau terjebak dalam hasutan syaitan lalu memakan harta anak yatim. Tak berbaloi.
Jika setelah peninggalan ayah, keseluruhan harta-harta pusaka ayah telah diselesaikan, Alhamdullilah - bahagia dan tenang ayah disana, in syaa Allah.
Jika tidak, bagaimana?
Pekara sebegini banyak berlaku didalam masyarakat kita pada masa ini.
Anak-anak berjaya dibesarkan oleh mak/ayah. Mereka kini tinggal di rumah banglo milik sendiri bandar-bandar besar, berpendapatan melebihi dari mencukupi dan mereka tak perlukan harta pusaka mak/ayah. Selepas kematian ayah, mak tinggal di rumah tersebut. Walaupun anak-anak mempunyai hak atas rumah tersebut, rata-rata mereka biarkan saja mak menghabiskan usia dirumah yang membawa seribu kenangan padanya. Tak pelah ada ucu atau achik, yang tinggal berdekatan tengok-tengokkan mak.
Gambar hiasan: Tingalan mak/ayah |
Bagaimanakah status sewaan bulanan tersebut tersebut sekiranya keluarga (adik-beradik) tersebut belum bersetuju atau selesai dalam hal pembahagian harta pusaka arwah ayah?
Gambar hiasan: rumah pusaka |
Sekiranya kita sebagai anak-anak, berkumpullah dan bawa berbincang. Jika harta kita dah lebih dari mencukupi untuk tampung kehidupan kita hingga akhir hayat, jangan jadi kejam pada adik/abang kita, kerana kita tidak jelaskan status sewaan tersebut. Paling tidak, isytiharkan sewa rumah arwah ayah saya tak perlukan, biar semua adik-beradik tahu yang kita tidak perlukan harta mak/ayah (nyatakan apa perlu dilakukan dengan bahagian hak anda), dan arahkan adik-beradik yang lain supaya segera selesaikannya. Dengan satu pengistiharan pada semua yang berhak, hak dan tanggungjawab anda dah selesai.
Ucu/achik yang mengutip sewa, tanya juga pada yang lain kerana ada hak mereka atas sewa tersebut. Jika digunakan terus-terusan bertahun-tahun, bagaimana nanti penyelesaian hak yang lain-lain tu?
Jika nilai kutipan sewaan tu melebihi nilai atau kadar nisab zakat, siapa pulak yang selesaikan zakat? Banyak lagi persoalan lain, jika ada lagi harta-harta lain selain nilai sewa ini.
Sesungguhnya jika anak-anak betul sayangkan dan kasihani ibu/ayah, selesaikanlah harta mereka walau bagaimanapun payahnya. Jangan biarkan ianya tergantung? Gelang & rantai loket arwah mak siapa yang simpan atau pakai sekarang ni, yang lain dah bersetuju ke?
Minta maaf lah ye kepada kenyataan sebegini, "aku yang jaga mak siang/malam masa dia sakit, jadi akulah yang layak" - Anda perlu pelajari ilmu harta pusaka islam supaya tidak ditipu syaitan.
Sebagai mak/ayah pula, pesan & pesan & pesan pada anak-anak untuk segera selesaikan harta pusaka kita setelah kita meninggal. Buat pesanan atau wasiat & pesan tempoh masa penyelesaian. Tidakkah kita juga ingin bahagia dan tenang disana. Sesungguhnya kita tidak perlu masalah dunia dibawa ke alam barzakh.
Artikel sewa rumah arwah ayah milik siapa ini berdasarkan situasi terkini. Sama-samalah kita buka minda, renungkan dan merujuklah kepada yang lebih arif kerana kita tidak ingin termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim atau terjebak dalam hasutan syaitan lalu memakan harta anak yatim. Tak berbaloi.
Sumber: http://www.maij.gov.my |