Home » , , , » Boleh buat wasiat sendiri?

Boleh buat wasiat sendiri?

Saya Mr DIY, saya suka buat apa yang boleh saya mampu buat, sendiri.

Boleh buat wasiat sendiri?

Kalau harta tak seberapa, atau harta beratus juta dan yakin pewaris tak akan berkecoh, boleh buat sendiri. Kalau anda seorang peguam, buat sendiri je kerana anda arif akan peruntukan undang-undang.

Yang paling penting dalam sesuatu wasiat adalah perlantikan wasi. Seseorang yang ada lantik, anda percaya akan sifat amanahnya dan mampu bertindak kehulu kehilir menyelesaikan pembekuan aset anda.

Kos? Semua ada kos. Itu sendiri mau timbanglah. Tapi kalau ada kengkawan yang biasa buat ni, tanyalah mereka, mungkin kos anda hanya secawan kopi.

Ini nasihat untuk wasiat DIY. Risiko sendiri tanggung tau. Nak kepastian, cari mereka yang arif.


Dari sumber theedgeproperty