Perancangan harta yang tidak disempurnakan dalam masa yang singkat selalunya boleh menyebabkan komplikasi pembahagian harta bertindih. Sebagai contoh, kita lihat situasi dalam sebuah keluarga di mana semua peristiwa ini berlaku dalam tempoh yang singkat dan tiada sebarang perancangan harta dibuat sebelum kematian mana-mana waris.
En Ahmad mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Beliau adalah seorang yang berpendidikan tinggi dan isteri beliau adalah dari keluarga yang agak senang dan boleh dikatakan berharta juga. Ketika usia beliau dan isteri diawal 50'an, secara tiba-tiba isteri beliau meninggal dunia. Ibu dan ayah isterinya telah lama meninggal dunia. Enam bulan selepas isterinya meninggal dunia, En Ahmad menikah semula dengan Siti.
Memandangkan anak lelaki sulongnya telah dewasa, Yusri mendirikan rumah tangga tiga bulan selepas ayahnya kahwin untuk kali kedua. Malangnya setahun selepas beliau menikah, Yusri meninggal dunia disebabkan oleh kemalangan jalanraya dan meninggalkan seorang isteri.
Disebabkan satu peristiwa ke peristiwa yang lain berlaku dalam masa yang agak singkat, harta peninggalan arwah isteri pertama tidak sempat beliau selesaikan dan sekarang bertambah pula dengan harta anak sulong beliau pula.
Mari kita lihat pembahagian harta dalam kes ini yang perlu diselesaikan secara Faraid.
A. Harta arwah isteri En Ahmad bernilai RM100,000 (Jumlah keseluruhan).
Beliau meninggalkan waris & pembahagian adalah seperti berikut:
1. Suami - 1/4 bahagian >> 5/20** [RM25,000]
2. 2 anak lelaki - 3/5 bahagian >> 12/20 [RM60,000 atau RM30,000 seorang]
3. 1 anak perempuan - 3/20 bahagian [RM15,000]
Nota: harta-harta ini belum diagihkan lagi sehingga kini
**-Jumlah pembawah kiraan pembahagian disama-ratakan
B. Harta arwah Yusri bernilai RM4,000 (Jumlah keseluruhan).
Yusri meninggalkan waris & pembahagian seperti berikut:
1. Isteri Yusri - 1/4 bahagian [RM1,000]
2. En Ahmad - 3/4 bahagian [RM3,000]
*1-Disebabkan En Ahmad masih ada (penghadang), tiada bahagian untuk adik-beradik Yusri
*2-Harta arwah ibu Yusri belum diagihkan, oleh itu dalam bahagian RM30,000 perlu diagihkan juga kepada isterinya (sebanyak RM7,500) dan 3/4 bahagian harta arwah ibu Yusri kembali kepada En Ahmad (sebanyak RM22,500).
Biasanya dalam kes sebegini, sekiranya tiada waris yang mengambil berat akan persoalan pengagihan harta menurut hukum Islam, isteri Yusri mungkin tidak akan mendapat haknya.
C. Untuk memanjangkan lagi senario pembahagian harta bertindih ini, katakan En Ahmad pula meninggal dunia beberapa bulan selepas anaknya meninggal dunia. Waris En Ahmad yang tinggal kini hanya seorang anak lelaki, anak perempuan dan isteri kedua beliau. Keadaan biasanya akan lebih rumit bila perhubungan antara isteri baru dan anak-anak beliau kurang baik ataupun kekurangan pengetahuan mengenai ilmu faraid yang akan menyebabkan rasa tidak puashati sesetengah pihak. Harta arwah isteri pertama, harta arwah Yusri dan kini harta En Ahmad pula perlu diselesaikan oleh warisnya.
En Ahmad meninggalkan RM120,000. (Ini jumlah keseluruhan harta atas nama beliau sahaja)
Waris yang layak & pembahagian seperti berikut:
1. Isteri - 1/8 bahagian >> 3/24 [RM15,000]
2. Anak lelaki - 7/12 bahagian >> 14/24 [RM70,000]
3. Anak perempuan - 7/24 bahagian [RM35,000]
*Baki bahagian dari arwah sebelumnya yang masih belum diagihkan lagi (milik Ahmad):
1. Isteri pertama = RM25,000
2. Yusri = RM25,500 [RM3,000(harta Yusri) + RM22,500 (harta isteri pertama - bhg Yusri)]
Jumlah diatas ialah sebanyak RM50,500
RM50,500 ini juga perlu diagihkan mengikut bahagian seperti diatas
1. Isteri - 1/8 bahagian >> 3/24 [RM6,312.50]
2. Anak lelaki - 7/12 bahagian >> 14/24 [RM29,458.33]
3. Anak perempuan - 7/24 bahagian [RM14,729.17]
Sekiranya semua kes-kes ini diselesaikan serentak untuk mengelakkan ada lagi pembahagian harta bertindih, pembahagian untuk waris Ahmad adalah seperti berikut:
1. Isteri (Siti) - RM15,000 + RM6,312.50 = RM21,312.50
2. Anak lelaki - RM70,000 + RM29,458.33 + RM30,000 = RM129,458.33
3. Anak perempuan - RM35,000 + RM14,729.17 + RM15,000 = RM64,729.17
4. Isteri Yusri - RM1,000 + RM7,500 = RM8,500
Jumlah pembahagian diatas adalah dari harta-harta yang berjumlah besar RM224,000 ( dari ketiga-tiga arwah):
1. Isteri pertama Ahmad = RM100,000
2. Yusri = RM4,000
3. Ahmad = RM120,000
Harta-harta ini adalah dari jumlah harta keseluruhan iaitu termasuk rumah, tanah, wang tunai di bank, ASB, saham dan lain-lain lagi.
Dalam kes contoh diatas, kita mengambil situasi ideal di mana waris-waris yang terlibat tidak mengambil yang bukan hak-hak mereka. Tetapi dalam kebanyakan kes yang selalu kita dengar, mungkinkah ini akan berlaku?
Jadi kita lihat terdapat banyak situasi yang mungkin berlaku sekiranya tiada perancangan awal dibuat. Sekiranya anda prihatin dengan masalah yang mungkin akan timbul, rancanglah untuk memudahkan waris anda. Oleh itu jadilah insan yang mengambil berat akan hal ini dengan melakukan perancangan harta!
Anda boleh hubungi En Fir 013 6545 360 atau tekan je link wasap ni untuk mendapatkan khidmat nasihat untuk situasi anda....
Rancanglah untuk menguruskan harta anda untuk mengelakkan komplikasi pembahagian harta bertindih!
Kongsikan artikel ini melalui media anda... pilih butang berkenaan dibawah tulisan ini.

- Harta seperti barangan kemas isteri pertama, kemanakah barangan tersebut, siapa yang ambil untuk simpanan seperti kenang-kenangan? Ini juga termasuk dalam kategori harta pusaka yang perlu dimasukkan dalam kiraan harta!
- Isteri Yusri, selepas beliau menjadi balu, kemungkinan besar beliau berkahwin semula, dan menantikan penyelesaian pembahagian berlarutan lama, mungkin haknya dilupakan atau dinafikan?
- Siti, isteri kedua Ahmad, mungkinkah beliau merasakan beliau layak mewarisi hak yang lebih besar?
- Sebagai pewaris lelaki tunggal, adakah anak lelaki Ahmad akan bersikap adil dalam segala hal pembahagian harta ini?
- Siapakah yang akan menjadi wasi untuk menyelesaikan semua ini dan berapa lamakah semua waris harus menunggu untuk penyelesaian harta-harta diatas? Perlantikan wasi juga boleh memakan masa yang panjang!
- Mungkinkah semua waris yang terlibat mempunyai masa untuk ulang alik ke pejabat dan mendahulukan segala kos pentadbiran yang diperlukan? Tahukah mereka proses-proses pengurusan menuntut harta pusaka?
- Siapakah yang bertanggungjawab dengan zakat harta terbeku?