Hapus rasa tidak puas hati - harta sepencarian

"ISLAM adalah gaya hidup yang sempurna dan lengkap sehinggakan hal ehwal setelah kita meninggal dunia pun disuruh dan digalakkan membuat perancangan.

"Caranya sudah digariskan di dalam al-Quran dan hadis. Allah Maha Pemurah dan kita diberi pilihan dalam pembahagian harta, bukan hanya faraid," kata Masliza Malik yang berkhidmat sebagai perancang pusaka Islam.

Mempunyai pengalaman luas di bidang pengurusan harta dan amanah sejak 2004, menurutnya, apabila tidak mempunyai wasiat yang lengkap dan pelantikan pentadbir harta, banyak perkara yang akan berlaku.

Antaranya, waris tidak tahu perkara penting pada harta peninggalan yang diwarisi mereka. "Mereka tidak tahu bahawa mereka harus menyelesaikan hutang-piutang yang ditinggalkan arwah. Itu adalah keutamaan sebelum duit dan harta arwah dibahagikan," katanya. Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi, Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud: Roh seseorang mukmin itu tergantung iaitu dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan.

Menurutnya, pergaduhan dan perselisihan faham mungkin berlaku kerana tidak memahami sistem pembahagian melalui faraid. Contohnya anak perempuan mendapat satu bahagian berbanding anak lelaki yang mendapat dua bahagian. "Timbul rasa tidak puas hati contohnya semasa ibu ayah sakit, anak perempuan yang menjaga ibu bapa selama bertahun-tahun tetapi apabila membabitkan harta, anak perempuan mendapat bahagian yang kurang daripada abang atau adik lelakinya yang lepas tangan di waktu susah. "Sebenarnya keadaan ini boleh diatasi sekiranya ibu bapa sudah menyediakan wasiat," katanya.

Tambah Masliza, jika keluarga hanya mempunyai anak perempuan, datuk pula sudah meninggal maka ada hak adik-beradik si mati ke atas harta terbabit. Ini akan menimbulkan rasa marah dan hasad dengki.

"Tanpa wasiat, ada pihak yang akan rasa teraniaya contohnya anak angkat dan anak istimewa. Di bawah faraid, anak angkat langsung tiada hak ke atas harta ibu bapa. "Jika melakukan perancangan, ibu bapa boleh meninggalkan satu pertiga harta kepada si anak angkat. Bagi anak istimewa, mereka memerlukan perhatian khas. "Sekiranya dia mendapat bahagian melalui faraid, siapa yang akan mentadbir hartanya? Siapa yang akan menjaga dirinya? Ibu bapa sebenarnya harus menyediakan tabung amanah bagi menjaga keperluan anak-anak sebegini," katanya.

harta_sepencarian

Menurut Masliza, golongan isteri juga tidak mengetahui mereka cuma mendapat 12.5% (atau 1/8) daripada harta suami. Semua beranggapan mereka boleh menuntut harta sepencarian walaupun hakikatnya apa yang boleh dituntut adalah harta yang dibeli semasa tempoh perkahwinan sahaja. Untuk menjaga kepentingan mereka, awal-awal mereka mesti membuat deklarasi harta sepencarian semasa suami masih hidup. "Persepsi masyarakat yang wasiat cuma dibuat apabila harta terlalu banyak, faktor usia dan dikatakan leceh serta tidak penting, perlu diubah. Sebenarnya semua orang yang berharta sama ada sedikit atau banyak dan mempunyai hutang sangat digalakkan membuat perancangan harta pusaka Islam. "Jangan bersikap lepas tangan dengan membiarkan keluarga yang tinggal menyelesaikan segala masalah. Ajal maut tiada siapa yang tahu justeru, tidak kira muda atau tua, harus mula merancang pengurusan harta pusaka masing-masing," katanya.

Jelasnya, format penulisan wasiat, harta sepencarian atau perkara lain sudah disediakan. Ia hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup kecuali bagi sesiapa yang ingin mengubahnya di masa hadapan. "Masyarakat Islam secara keseluruhannya masih buta mengenai pengurusan harta. Kalau pun ada yang tahu cuma setakat wasiat dan mereka tidak merasakan kepentingan untuk melakukannya," katanya.

Dipetik dari Harian Metro

Harta sepencarian pada kebiasaannya seperti perniagaan yang diusahakan bersama oleh suami isteri tetapi hanya nama suami atau isteri sahaja yang didaftarkan dalam pemilikan perniagaan tersebut atau harta yang dimiliki oleh suami hasil dari perkerjaan hariannya tetapi isteri hanya tinggal dirumah menjaga anak-anak sahaja. Eloklah berbincang dengan pasangan anda berkenaan harta-harta sebegini demi untuk menjaga keharmonian kekeluargaan sekiranya sesuatu berlaku kepada pasangan anda.  

Tekan butang dibawah untuk berkongsi artikel ini melalui media anda! Utk maklumat lanjut - En Fir 013 6545 360

Wasiat

wasiat
 Apakah wasiat?
Wasiat adalah dokumen yang menyatakan hasrat seseorang untuk menagihkan harta mengikut kehendaknya selepas beliau meninggal dunia. Orang-orang Islam hanya dibenarkan mewasiatkan satu pertiga (1/3) dari jumlah hartanya kepada bukan waris umpamanya, masjid, rumah anak yatim, anak angkat, dll. Harta yang selebihnya (2/3) patut diagihkan mengikut hukum Faraid.

Apakah dokumen yang perlu dalam penyediaan dokumen wasiat?
Dokumen-dokumen yang perlu adalah salinan dokumen Pengenalan Pewasiat dan waris atau dokumen kelahiran waris dan dokumen yang menunjukkan hak pewasiat keatas sesuatu harta misalnya geran tanah, rumah, kereta, nombor akaun-akaun bank, ASB dan sebagainya. Sekiranya pewasiat ingin melantik wasi (seseorang yang dipercayai oleh pewasiat untuk menguruskan harta pusakanya), dokumen pengenalan wasi juga diperlukan. 

Apakah perlu wasiat ditunaikan?
Pada asalnya wasiat wajib ditunaikan walaubagaimanapun wasiat yang baik (tidak bercanggah dengan syara') wajib dilaksanakan. Contohnya: Seorang ayah sebelum meninggal mewasiatkan hartanya diwakafkan kepada fakir miskin (tidak melebihi 1/3). Jikalau wasiat tersebut bercanggah dengan syarak seperti seorang ayah mewasiatkan kepada anak tertentu sekian-sekian bahagian, maka ia tidak boleh dilaksanakan wasiat kepada waris adalah tidak dibenarkan.

Bolehkah saya menulis wasiat sedangkan hutang saya melebihi daripada aset?
Anda boleh menulis wasiat, akan tetapi hutang anda akan diselesaikan dahulu sebelum pembahagian ke atas baki harta pusaka anda boleh dibuat kepada waris.

Bagaimana jikalau saya hendak semua anak-anak saya, lelaki atau perempuan, menerima harta saya secara sama rata?
Anda boleh melakukan hibah atau terus menukar nama pada harta-harta anda kepada anak-anak anda semasa anda masih hidup.

Tekan butang dibawah untuk berkongsi artikel ini melalui media anda!

Harta oh harta - aku tak kira....

wasiat

Betul kata pepatah, pasal harta apa pun boleh terjadi. Disebabkan perjanjian lisan-lah selalu terjadi pekara sebegini. Yang paling baik, wakaflah dengan cara yang sesuai dari segi perundangan dan kita boleh 'menyelamatkan' waris dari menuntut harta yang berkemungkinan bukan hak mereka lagi.
Selalu juga kita dengar perselisihan antara keluarga dan masyarakat berkenaan harta pusaka. Yang terbaik rancanglah untuk pengurusan harta pusaka anda melalui produk berasaskan syariah seperti wasitah, hibah atau amanah.

Tekan butang dibawah untuk berkongsi artikel ini melalui media anda! 

Pengertian wasiat yang sebenar kepada orang Islam

Saya membaca dengan penuh minat komen dan artikel yang diterbitkan oleh banyak akhbar kebelakangan ini mengenai wasiat. Sebagai pemimpin kepada organisasi yang terlibat secara langsung dengan industri pewarisan harta orang-orang Islam di Malaysia yang telahpun mempunyai lebih dari 15,000 orang pelanggan dengan kes-kes terbukti di Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi Sivil dan Pejabat Pesaka Kecil yang melebihi dari 200 kes semenjak tahun 2004, saya merasakan adalah menjadi tanggungjawab untuk saya menjelaskan isu ini dengan lebih terperinci untuk kefahaman masyarakat Islam di Malaysia secara keseluruhannya.

Apabila kita bercakap mengenai harta pusaka, sebenarnya ada dua aspek penting yang mesti difahami oleh semua orang Islam di Malaysia. Aspek pertama ialah dari segi perancangan harta pusaka. Perancangan di sini bermaksud kita boleh menentukan sendiri siapa yang akan menerima berapa banyak atau jenis harta kita. Contohnya saya sebagai seorang bapa boleh menentukan sendiri siapa yang akan mewarisi rumah saya, siapa yang akan mewarisi akaun pelaburan saya malah saya boleh menentukan sendiri siapakah yang bakal mewarisi harta-harta tertentu saya yang lain  kelak.

Namun jika ini adalah hasrat saya, saya tidak boleh melaksanakan kesemua hasrat itu melalui wasiat semata-mata. Sebaliknya jika saya ingin mewariskan rumah saya kepada anak tertentu, saya perlu menyediakan dokumen  hibah. Jika saya ingin memastikan isteri saya sahaja yang mewarisi wang dalam akaun pelaburan, saya perlu membuat dokumen amanah. Akhirnya jika saya ingin supaya anak angkat saya mewarisi 1/3 dari harta pusaka saya, saya perlu membuat dokumen wasiat. Jadi bagi orang Islam, wasiat bukanlah satu-satunya instrumen perancangan harta yang perlu dibuat.

wasiyyah

Apa pula kesan dokumen wasiat yang di dalamnya tersebut hasrat pewasiat untuk membahagi-bahagikan harta pusakanya kepada waris tertentu seperti contoh rumah diwasiatkan kepada anak sulung, tunai di bank diwasiatkan kepada anak kedua dan seumpamanya. Hukum Syarak telah menjelaskan dengan nyata bahawa hasrat ini hanya boleh berkuatkuasa jika semua waris-waris bersetuju dengan arahan pembahagian ini selepas kematian pewasiat. Jika waris-waris tidak bersetuju, maka permuafakatan mereka ketika itu atau Hukum Faraid akan digunapakai bagi membahagikan harta.

Aspek kedua dalam di dalam isu harta pusaka ialah dari segi pengurusan harta pusaka. Apa yang menjadi masalah di Malaysia hari ini ialah kerana hampir semua wasiat orang Islam yang bersifat ‘ready-made’ (siap dicetak cuma perlu ditandatangani, diletak nombor kad pengenalan dan tarikh sahaja)  adalah bersifat wisoyah atau kandungan di dalamnya hanya menyatakan tentang perlantikan wasi semata-mata. Wasiat yang bersifat begini sebenarnya agak sukar untuk dikuatkuasakan terutamanya bagi orang Islam yang mempunyai harta pusaka bernilai RM 2 juta ke bawah yang pentadbirannya dibuat di Pejabat Pesaka Kecil.

Contohnya, jika saya membuat wasiat melantik isteri saya sebagai wasi kepada harta pusaka dan bila saya meninggal dunia, harta pusaka saya hanya bernilai RM 600,000 dan ia dibicarakan di Pejabat Pesaka Kecil, Pegawai yang membicarakan kes saya tetap akan bertanya kepada waris-waris saya yang berhak mengikut Hukum Faraid sama ada mereka bersetuju atau tidak isteri saya dilantik menjadi wasi seperti yang saya nyatakan dalam wasiat saya. Jika waris-waris saya tidak bersetuju, maka pentadbir harta pusaka yang baru akan dilantik mengikut permuafakatan waris-waris ketika bicara kuasa dijalankan. Oleh itu, wasiat yang saya buat semasa hidup melantik isteri saya sebagai wasi tidak tergunapakai.

Walaupun demikian, jika sebaliknya harta pusaka saya bernilai lebih dari RM 2 juta, wasiat yang melantik wasi ini penting disediakan kerana kes ini akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil dan Hakim memerlukan wasi (executor) dilantik melalui wasiat bagi dikeluarkan Geran Probet.

Oleh itu, boleh dibuat kesimpulan bahawa dari segi perancangan harta pusaka, orang Islam yang perlu membuat wasiat ialah orang yang berhasrat untuk memperuntukkan pada takat maksima 1/3 harta pusaka kepada bukan waris seperti anak angkat, anak saudara, rakan, masjid atau rumah kebajikan bagi tujuan amal jariah.

Orang Islam yang perlu membuat wasiat dari segi pengurusan harta pusaka pula ialah orang Islam yang mempunyai harta pusaka bernilai RM 2 juta ke atas sahaja yang kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil dan wasi dilantik bagi tujuan mendapatkan Geran Probet.

Persoalan yang perlu semua orang Islam di Malaysia renungkan ialah jika harta kita bernilai kurang dari RM 2 juta dan kita tiada hasrat untuk memperuntukkan 1/3 dari harta kita bagi tujuan amal jariah atau dalam erti kata lain, kesemua harta pusaka kita mahukan diwarisi oleh pasangan dan anak-anak sahaja, perlukah kita membuat wasiat? Jawapan yang pasti ialah ‘tidak’. Bukan semua orang Islam memerlukan wasiat.

Apa yang menjadi masalah sekarang ialah kerana di atas sebab komersil, banyak pihak secara semborono mengelirukan orang Islam di Malaysia  dengan mengatakan bahawa berwasiat itu hukumnya wajib seperti yang dinyatakan oleh Sural Al-Baqarah ayat 180. Mereka tidak pula menjelaskan bahawa hukum wajib ini telah dinasahkan apabila kemudiannya turun ayat-ayat mawarith Suran An-Nisa’ 11, 12 dan 176 tentang Hukum Faraid. Lebih ironi lagi ialah apabila mereka mempromosikan wasiat menggunakan ayat-ayat Al-Quran tapi sebaliknya bila wasiat itu disediakan, ia adalah wasiat yang kandungannya hanya melantik wasi sahaja.


Sebagai organisasi francaisor berdaftar dan tertakluk di bawah Akta Francais 1998 serta  operasi dipantau sepenuhnya oleh Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, saya menyeru orang Islam di Malaysia berhati-hati apabila ingin membuat wasiat. Pastikan dokumen yang anda buat ialah dokumen yang berkuatkuasa mengikut undang-undang dan lebih penting lagi berurusanlah dengan organisasi yang telah mempunyai trek rekod dan kes-kes terbukti.

Saya mengulangi pandangan bahawa bukan semua orang Islam perlukan wasiat dan membuat wasiat melantik wasi tidak akan menjamin bahawa semua urusan harta pusaka akan selesai dengan sempurna kerana banyak faktor lain yang terlibat.  Jika anda mahu mengagih-agihkan harta anda seperti rumah, akaun pelaburan dan saham syarikat kepada waris-waris tertentu pula, anda sebenarnya memerlukan dokumen hibah dan amanah.

Ariffin Sabirin
Ketua Pegawai Eksekutif

Artikel dari Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd


Tekan butang dibawah untuk berkongsi artikel ini melalui media anda!

Waris dan Faraid

Siapakah yang boleh mewarisi harta peningalan simati?

Sekiranya simati seorang yang beragama Islam, waris-waris sebagaimana yang ditetapkan dalam hukum faraid adalah seperti bapa, ibu, suami, isteri, anak lelaki, anak perempuan, cucu lelaki, cucu perempuan dan sebagainya. Bagi yang bukan beragama Islam, waris adalah sebagaimana dinyatakan dalam Akta Pembahagian 1958 (Distribution Act 1958) seperti ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak dan zuriat keturunan ke bawah.


Apakah yang dimaksudkan dengan Faraid?

Faraid ialah hukum pewarisan dan ketentuan hak terhadap pembahagian harta pusaka bagi orang-orang Islam berdasarkan Al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama. Faraid adalah hukum Allah yang telah ditentukan pembahagiannya berdasarkan siapa waris-waris yang layak. Setiap muslim wajib mematuhi ketentuan pembahagian harta melalui hukum Faraid. Ianya berkait rapat dengan tanggungjawab seseorang muslim.

faraid
Ketetapan pembahagian dalam Faraid

Tekan butang dibawah untuk berkongsi artikel ini melalui media anda!