Persoalan harta anda

wasiat_islam

Soalan: Saya baru masuk Islam. Adakah anak-anak saya yang masih bukan Islam boleh dapat harta peninggalan saya?
Jawapan: Boleh, sekiranya anda membuat pesanan-pesanan seperti didalam wasiat anda tetapi hanya 1/3 sahaja yang boleh diberikan dari jumlah keseluruhan harta anda itu.


Soalan: Bolehkah saya wasiatkan harta saya kepada bukan waris macam pertubuhan anak yatim atau anak angkat? 
Jawapan: Itulah tujuan utama apabila seseorang itu meninggalkan dokumen wasiat, iaitu untuk menyampaikan pesanan untuk harta diberikan kepada bukan waris. Pastikan pesanan anda itu tidak melebihi 1/3 dari keseluruhan harta tersebut.


Soalan: Perlukah buat wasiat, bukan nanti kita hanya perlu ikut faraid sahaja?
Jawapan: Sekiranya tiada sebarang pesanan atau wasiat, hukum faraid akan diguna pakai. Dengan kata lain, kalau si mati ada meninggalkan wasiat islam, kita hendaklah mengagihkan harta mengikut kehendak si mati.
Sebagai contoh, si mati ada niat untuk sedekahkan duit untuk masjid dan dinyatakan dalam wasiat, maka kita hendaklah mengikut kehendaknya seperti yang telah dinyata dalam wasiatnya tertakluk kepada pembahagian maksima 1/3 sahaja untuk bukan waris.


Soalan: Bagaimana pembahagian harta bagi lelaki/perempuan yang tidak berkahwin? Bolehkah harta hanya diwasiatkan kepada anak-anak saudara dan bukan adik beradik?
Jawapan: Sekiranya tiada perancangan awal dibuat, pembahagian harta akan diberikan kepada adik-beradik dan mak dan ayah mengikut hukum faraid dan bergantung kepada waris yang masih hidup pada waktu kematian. Pemberian kepada anak saudara hanya boleh diwasiatkan dengan jumlah tidak melebihi 1/3 daripada harta kita atau anda boleh menghibahkan untuk lain-lain jumlah yang anda kehendaki kepada mana-mana anak saudara.


Soalan: Bagaimana dengan harta tak cair seperti, rumah, tanah dikira di dalam pembahagian harta pusaka kepada ramai pewaris yg terdiri dari beberapa orang?
Jawapan: Harta pusaka yang berbentuk aset tetap yang tidak boleh dibahagi-bahagikan antara waris-waris seperti rumah atau tanah, cara pembahagiannya ialah menisbahkan bahagian setiap pewaris harta itu mengikut hukum faraid. Kemudian, mereka dianggap memiliki aset tersebut secara bersama atau melalui persetujuan bersama, pewaris terlibat boleh membahagikan seperti, abang ambil rumah dan adik ambil tanah, dsb.

Perancangan harta adalah amat digalakkan di dalam Islam. Untuk perancangan, terdapat banyak instrumen seperti wasiat, hibah atau amanah. Semua produk perancangan ini ada disediakan oleh Wasiyyah Shoppe, sila hubungi kami melalui butang hubungi saya di sebelah kanan untuk maklumat lanjut mengenai perancangan dan pengurusan harta anda.
amanahraya

Sistem E-hibah sasar lebih banyak dokumen wasiat

hibah_harta

Sistem E-hibah adalah sistem perisian penyediaan dokumen hibah secara internet yang diperkenalkan oleh Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd. Hibah adalah dikaitkan dengan proses untuk 'menghadiahkan' sesuatu harta kepada sesiapa yang diingini dan pada kadar yang diingini. Harta yang telah dihibah akan terkeluar dari harta pusaka dan tidak tertakluk lagi kepada hukum Faraid. Sesiapa yang mendapat harta yang dihibahkan bermakna mendapat harta tersebut secara mutlak! Hibah juga adalah cara pemberian yang berkesan kerana hak pemberi hibah terhadap harta terlindung selagi dia masih hidup. Produk hibah adalah sesuai untuk ibu-bapa sekiranya ingin memberi harta kepada anak angkat mereka, sekiranya anda hanya mempunyai anak perempuan sahaja dan jika ingin memberi harta tertentu kepada anak kandung. Kos penyediaan dokumen hibah dari Wasiyyah Shoppe adalah berpatutan, boleh dibayar secara ansuran dan bersifat sekali bayar sahaja yang meliputi kos mendapatkan perintah mahkamah serta perbicaraan selepas kematian.

Maklumat lanjut berkenaan hibah boleh didapati dengan menghubungi En Fir di talian 013 6545 360.

Kisah anak rebut harta lagi!

wasiat_rebut_harta

Kesian ibu itu. Selalunya bila dah berebut macam ini, keluarga pasti berpecah belah. Tak bertegur lagilah dan tinggi kebarangkaliannya bila sampai hari raya, ada keluarga tak pulang ke kampung. Sekiranya mengikut hukum Faraid, ibu ada bahagiannya. Tapi dalam kes ini saya rasa anak tak patut ambil kesempatan.  Jaga kebajikan ibu tu dulu.

Kalau bahagikan dulu harta pun ada masalahnya juga. Seperti apa yang terjadi dalam satu cerita di Lembah Kelang. Seorang ayah yang memang hartawan membahagikan harta-hartanya kepada anak-anaknya semasa beliau masih hidup, katanya esok-esok anak-anak tak bergaduh. Nak dijadikan cerita, apabila ayah jatuh sakit dan lumpuh, semua anak-anak tinggalkan beliau, satu pun tak nak jaga beliau walaupun harta yang diberikan kepada mereka sudah cukup untuk mereka tidak bekerja lagi. Akhirnya tinggallah ayah ini bersama lima orang pembantu rumah Indonesia sahaja dan apabila tiba waktu solat, ayah ini akan di tolak atas kerusi roda ke masjid untuk menunaikan kewajipannya, oleh pembantu rumah. Segalanya diuruskan oleh pembantu rumah, tapi bagaimana dengan soal hati?

Sebenarnya pekara sebegini mampu kita elakkan sekiranya perancangan awal dibuat. Instrumen seperti akaun amanah dan hibah boleh digunakan untuk mengatasi pekara sebegini. Rancanglah untuk menguruskan harta anda semasa anda masih berdaya!

Tergamak halau emak guna duit arwah bapa

Hibah_halau_ibu"

KUALA LUMPUR: Ketika ramai anak memikirkan hadiah sesuai untuk diberikan kepada ibu masing-masing sempena Hari Ibu, seorang wanita pula ‘berendam’ dengan air mata selepas dihalau anak tunggal yang berang kerana ibu terbabit dikatakan menggunakan wang di dalam akaun arwah bapa tanpa pengetahuannya.

Dalam kejadian yang berlaku pertengahan bulan lalu, wanita malang berusia 61 tahun itu terpaksa mengeluarkan sedikit wang untuk perbelanjaan seharian dan perubatannya akibat anak lelaki tunggalnya yang berusia lingkungan 30 tahun tidak lagi mempedulikannya sejak bapa meninggal dunia pada Oktober lalu akibat serangan jantung.

Penasihat agensi perunding harta pusaka Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd, Ariffin Sabirin berkata, berikutan pengeluaran yang dibuat warga emas itu anaknya tergamak menghalau wanita itu dari rumahnya di Shah Alam kerana berpendapat duit akaun itu wang pusaka dan dia sebagai anak lelaki tunggal mempunyai bahagian paling banyak.

Katanya, anak terbabit menuduh ibunya memakan duit haram, malah akibat marah mereka sering bertengkar dan keadaan menjadi lebih buruk apabila isteri si anak masuk campur serta menyebelahi suaminya.

Berikutan itu katanya, akibat terlalu marah, anak menghalau ibu keluar dari rumahnya April lalu dan walaupun ibu enggan tapi terpaksa mengalah kerana rumah terbabit dipindah milik nama anak pada 2008. Ariffin berkata, sehingga kini, kes pusaka itu belum boleh dimulakan kerana banyak dokumen peribadi milik arwah suami wanita itu berada di rumah berkenaan manakala anak enggan bekerjasama dengan ibunya malah melarang wanita itu memasuki kediamannya.

“Hari ini ibu malang itu terpaksa menumpang di rumah adiknya. Kes ini bermula semasa hidup, bapanya membeli sebuah rumah banglo di Shah Alam dan memindah milik rumah itu dari namanya kepada nama anak lelaki pada 2008 atas dasar kasih sayang. “Ketika pindah milik dibuat, perjanjian lisan antara mereka ialah anak akan menjaga kebajikan dan memelihara ibunya sekiranya dia meninggal dunia. “Bagaimanapun selepas bapa meninggal dunia Oktober lalu, anak mula mengabaikan ibu dan meninggalkannya dengan pembantu rumah ketika dia bersama isteri bercuti, malah tidak mempedulikan ibunya walaupun sakit menyebabkan wanita itu terpaksa guna wang dari akaun bersama dengan arwah suaminya untuk perbelanjaan seharian dan perubatannya sebelum dihalau,” katanya.

Sumber: Dipetik dari Harian Metro

Macam-macam boleh berlaku akibat wang dan harta pusaka, rancanglah pengurusan harta anda dengan betul demi kebahagian keluarga anda. Nak tahu bagaimana cara untuk menggunakan instrumen seperti wasiat atau hibah dalam perancangan harta, klik butang hubungi saya disebelah.

HIBAH - Cara Paling Berkesan Membahagikan Harta

Saya telah berkecimpung di dalam industri perancangan dan pengurusan harta pusaka secara Syariah selama 9 tahun. Sepanjang tempoh ini, saya telah menyampaikan beratus-ratus ceramah dan bertemu dengan beribu-ribu orang Islam di seluruh Malaysia.

Hibah_Wasiyyah_Shoppe

Tetapi apabila saya bertanya  kepada mereka apa yang mereka faham tentang dokumen yang mesti dibuat berkaitan harta pusaka, satu perkataan selalu keluar dari mulut mereka iaitu ‘wasiat’. Saya rasa kita terlalu banyak menonton filem ‘3 ABDUL’ yang seingat saya telah diulang tayang entah berapa ribu kali agaknya  semenjak saya kanak-kanak sehinggalah sekarang. Dalam filem itu, wasiat digunakan sebagai dokumen  untuk membahagikan harta pusaka dan sebab itulah apabila disebut ‘harta pusaka’ orang akan kaitkan dengan ‘wasiat’.

Sekiranya anda juga mempunyai fikiran sebegitu, saya nak memaklumkan anda dengan satu fakta yang mungkin memeranjatkan. Anda silap! Bagi orang Islam, wasiat BUKANLAH dokumen yang paling berkesan untuk membahagikan harta. Jika anda menyediakan wasiat dan didalamnya anda nyatakan mengenai hasrat anda untuk membahagikan harta mengikut formula tertentu, pembahagian itu TIDAK BERKUATKUASA secara automatik kerana ia memerlukan persetujuan semua waris untuk dilaksanakan.

Jadi masyarakat selalu bertanya kepada saya, kalau wasiat untuk pembahagian harta tidak boleh dikuatkuasakan, kenapa pula mereka nak menyediakan wasiat? Jawapan saya biasanya mudah sahaja iaitu, “Kenapa pula nak buat wasiat?”

Saya selalu nasihatkan rakan-rakan usahawan saya, kalau mereka ingin membahagikan harta mereka mengikut formula tertentu kepada orang-orang yang mereka kehendaki baik waris mahupun bukan waris, dokumen yang paling berkesan sebenarnya ialah HIBAH.

Apa itu Hibah? Dari segi bahasanya, Hibah bermaksud ‘Hadiah’. Selagi anda masih hidup dan bernafas, anda bebas untuk memberikan Hibah  kepada sesiapapun mengikut formula yang anda kehendaki. Sekiranya anda berhasrat untuk membahagikan harta, anda patut mempertimbang untuk meyediakan Hibah kerana ia mempunyai beberapa kelebihan seperti :

1. Formula pembahagian yang berkuatkuasa.

Berbeza dengan wasiat yang formula pembahagiannya mesti dipersetujui oleh waris sebelum boleh dilaksanakan, formula pembahagian Hibah berkuatkuasa sepenuhnya mengikut hasrat pemberi hibah di dalam dokumen Hibah tersebut. Sebaik sahaja Mahkamah Syariah memutuskan bahwaa Hibah itu sah mengikut Hukum Syarak , ia tidak boleh dituntut oleh waris yang lain. Jadi kalau anda serius untuk memastikan hasrat ini tercapai, buatlah dokumen Hibah dan bukannya Wasiat.

2. Hibah kepada anak dan cucu boleh ditarik balik.

Ada juga orang yang bercakap dengan saya, tak payah bersusah-payah untuk buat Hibah. Pindahmilik sahaja hartanah yang dikehendaki kepada sesiapa anak-anak yang mereka ingini. Jawapan saya, “Tentu sahaja boleh pindahmilik tapi jangan menyesal kalau anak-anak kita jual hartanah ini dalam keadaan kita masih bernyawa kerana ia telahpun menjadi milik sah mereka.”Bukan sedikit kes yang saya temui di mana  ibubapa yang telah memindah milik rumah mereka kepada anak-anak, dihalau dari rumah selepas itu. Sadis bukan? Tapi itulah hakikat kehidupan.

Di sinilah Hibah mempunyai keistimewaan ketara. Dengan menyediakan Hibah, kita telah menetapkan siapakah yang akan menerima harta ini mengikut formula yang kita mahu tetapi sekiranya pemberian ini dibuat kepada anak dan cucu, kita boleh menarik balik atau mengubah formula pemberian ini  pada bila-bila masa yang kita kehendaki. 

3. Perlaksanaan selepas kematian pemberi hibah.

Walaupun dokumen Hibah disediakan hari ini, namun pindahmilik di dalam geran hanya akan dibuat selepas kematian pemberi hibah. Perlaksanaan menggunakan modul seperti ini menjamin bahawa pemberi hibah masih mempunyai kuasa ke atas hartanah yang dihibah selagi dia masih hidup. Wasiyyah Shoppe telah melaksanakan modul perkhidmatan ini dengan jayanya dan sehingga kini, telah berjaya mendapatkan lebih dari 38 perintah penghakiman dari Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia.

4. Kos penyediaan Hibah yang lebih murah dari pindahmilik.

Sekiranya pindahmilik dibuat dari nama pemberi hibah kepada penerima hibah, duti setem perlu dibayar. Secara umumnya, duti setem ini ialah  1% untuk nilai hartanah RM100,000 yang pertama, 2% untuk nilai hartanah RM400,000 yang kedua dan 3% untuk nilai hartanah yang seterusnya. Seorang ayah atau ibu boleh memilih untuk memindahmilik hartanah mereka kepada anak-anak hari ini, tetapi mereka perlulah membayar kos ini. Oleh kerana hibah tidak memerlukan pindahmilik berlaku, duti setem tidak perlu dibayar dan ini menyebabkan prosedur menyediakan Hibah jauh lebih efektif dari segi kos.


Hibah_rumah

Dengan penerangan ringkas ini, saya harap umat Islam di Malaysia akan memahami dengan jelas fungsi dan keberkesanan Hibah. Kalau anda berhasrat agar harta pusaka anda dibahagikan mengikut formula yang anda kehendaki, buatlah Hibah dan bukannya Wasiat. Jadi sudahkah anda menyediakan dokumen Hibah anda hari ini ?

Sekiranya anda ingin maklumat lanjut berkenaan Hibah, sila hubungi Perunding, En Fir di talian 013 6545 360 atau wasap untuk penerangan lanjut berkenaan hibah dan memudahkan perancangan dan pengurusan harta anda!

Artikel dari Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd