POLISI TAKAFUL: Adakah benar waris yang kita ingini akan berhak keatas wang polisi?

hibah

Ramai di kalangan kita membeli polisi takaful. Objektifnya tetap sama di kalangan semua pemegang polisi takaful iaitu kita mahu jika sesuatu berlaku kepada kita, pasangan dan anak-anak kita mempunyai wang tunai untuk meneruskan kehidupan mereka. Oleh itu kita meletakkan nama mereka sebagai ‘Penama’ kepada polisi-polisi ini. Hasrat ini memang murni dan terpuji.

Memang benar syarikat takaful bertanggungjawab untuk membayar wang polisi ini kepada ‘Penama’ seperti yang kita tetapkan bagi polisi tersebut  namun tahukah kita bahawa ‘Penama’ ini sebenarnya hanyalah seorang Wasi (Pemegang Amanah) sahaja ? Apabila mereka menerima wang polisi ini, mereka bertanggungjawab untuk mengagihkan semula wang ini kepada waris-waris lain yang berhak mengikut Hukum Faraid.

Apakah yang akan terjadi jika ‘Penama’ ini enggan menyerahkan semula wang polisi ini  kepada waris-waris Hukum Faraid tersebut? Waris-waris mengikut Hukum Faraid mempunyai hak untuk menyaman ‘Penama’  didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah bagi menuntut bahagian mereka.

Bukankah keadaan ini menyukarkan untuk ‘Penama’ dan juga waris-waris ? Jika anda benar-benar berhasrat supaya ‘Penama’ ini menerima wang polisi ini secara mutlak tanpa boleh dicabar oleh waris-waris mengikut Hukum Faraid, anda perlu mendapatkan perkhidmatan HIBAH TAKAFUL.

HIBAH TAKAFUL menjamin supaya ‘Penama’ atau sesiapapun yang anda ingini menerima wang polisi ini secara mutlak tanpa boleh dicabar oleh waris-waris mengikut Hukum Faraid. Bukankah ini yang anda mahukan ?

Sumber: Artikel dari Wasiyyah Shoppe

Apakah dan Siapakah Wasi?

wasi
Wasi adalah seseorang yang dilantik oleh pewasiat untuk mentadbir harta pusaka peninggalannya semasa beliau masih hidup. Waris atau bukan waris boleh dilantik sebagai seorang wasi. Sebaik-baiknya pilihlah seseorang yang mempunyai tahap integriti yang tinggi supaya Wasi tersebut  boleh diterima oleh setiap waris.

Sekiranya tiada wasi yang dilantik, semua waris-waris simati hendaklah bersetuju untuk melantik seorang pentadbir harta yang akan mempunyai kuasa sebagai seorang wasi untuk menguruskan harta peninggalan dengan pejabat-pejabat atau agensi terbabit. Proses perlantikan ini akan mengambil masa yang lama kerana semua waris-waris mesti dikumpulkan dan semuanya harus bersetuju dengan lantikan pentadbir harta tersebut dengan kriteria-kriteria yang ditetapkan. Proses akan menjadi lebih lama sekiranya harta peningalan tersebut melebihi RM2 juta dan memerlukan penglibatan mahkamah sivil. 

Demi harta, tidak aku peduli lagi


"Semata-mata bagi mendapatkan cap ibu jari yang dipercayai ada kaitan dengan harta pusaka, empat lelaki sanggup melakukan kekerasan terhadap seorang warga emas dengan memberinya sejenis ubat dan mengikat tangan lelaki yang sudah berusia 70 itu.... Polis percaya motif serangan terhadap warga emas itu adalah berkaitan harta pusaka."

Kasihan warga emas tersebut! Sudahlah susah meniti hidup diusia tua, diainaya lagi pulak tu. Mungkin hidupnya lebih aman jika tiada kaitan dengan harta pusaka yang telah dirancang pengurusannya lebih awal. 

Harta pusaka suami bukan hanya milik isteri

Satu lagi kisah masyarakat. Azizah bernikah dengan Azman sepuluh tahun yang lalu. Mereka hanya dikurniakan seorang cahayamata perempuan sahaja yang sedang bersekolah di darjah satu. Pada bulan lepas Azman mengalami serangan jantung hingga menyebabkan kematian beliau. Ibu dan bapa Azman sugul selepas kematian Azman kerana anak mereka itulah yang banyak membantu kehidupan seharian mereka kerana Azman memberi sumbangan tetap kepada mereka setiap bulan. Tetapi setelah kematian Azman, sumbangan tersebut telah terhenti.

amanahraya

Setelah kematian Azman, Azizah pergi ke bank untuk menuntut wang didalam akaun simpanan Azman yang kesemuanya berjumlah lebih 50,000 ringgit. Apabila diminta Surat Kuasa Mentadbir oleh pihak bank, Azizah hampir panik kerana beliau tidak pernah sekali mendengar pekara tersebut. Apabila ditanya mengenai sijil Faraid oleh Pejabat Pesaka Kecil, sekali lagi Azizah tergaman. Azizah hampir putus asa dalam proses untuk menuntut harta pusaka suaminya itu.

Inilah yang selalu terjadi kepada para isteri. Sudahlah ditinggalkan suami, nak menyelesaikan harta suami pula tidak tahu caranya. Sekiranya arwah suaminya telah membuat perancancangan untuk menguruskan harta beliau, susah tentu Azizah tidak dibebankan dengan pekara sebegini.
Disebabkan Azman tidak membuat perancangan dan pengurusan harta, harta beliau adalah tertakluk kepada pembahagian mengikut sistem faraid. Iaitu keseluruhan harta Azman akan diwarisi mengikut nisbah seperti berikut:

Azizah: 3/24 bahagian
Ibu Azman: 4/24 bahagian
Ayah Azman: 5/24 bahagian
Anak perempuan tunggal: 12/24 bahagian
*nisbah bahagian bergantung kepada waris yang hidup pada masa itu

Azizah harus rela dengan ketetapan pembahagian dibawah hukum faraid tersebut walaupun bahagian yang diterimanya adalah sedikit berbanding bahagian yang diperuntukkan kepada ibu dan bapa Azman kerana harta pusaka suami bukan hanya milik isteri.

Walaubagaimanapun sekiranya Azman arif akan pembahagian dalam hukum Faraid, beliau sudah tentu akan melakukan perancangan dan pengurusan harta semasa beliau masih hidup demi anak dan isterinya. Tindakan beliau juga akan menyelamatkan Azizah dari melakukan kesalahan dalam pembahagian harta pusaka.

Rancanglah untuk menguruskan harta pusaka anda hari ini! Pesanan dari En Fir 013 6545 360